MHI Sdn Bhd

Hiburan

Bukan sebab Elfira Loy!!

SUSUNAN NURFATEHA OTHMAN
lisaraniafaten@gmail.com

      HANGAT benar dakwaan mengatakan Sufian Suhaimi tergamak meninggalkan kekasihnya semata-mata mengejar Elfira Loy. Justeru, ketika ini satu Malaysia menuduh Elfira Loy penyebab kehancuran cinta antara Sufian dan kekasihnya. Kisah runtuh-meruntuh kebahagiaan cinta ini bermula sebaik Sufian menghadiahkan Elfira 29 kuntum bunga mawar sempena ulang tahun kelahiran aktres wanita itu, baru-baru ini.

Sanggup meredah keheningan malam semata-mata mahu menghadiahkan Elfira jambangan bunga, Elfira terus dikecam dan dituduh sebagai perampas kekasih orang selepas memuat naik foto Sufian menunggu di luar rumahnya dengan jambangan bunga yang indah pada malam hari ulang tahunnya. Bagaimanapun, Sufian yang sedar Elfira ditohmah dengan tuduhan melampau telah menjernihkan keadaan. Tegas Sufian, Elfira bukanlah menyebabkan putusnya hubungan cinta dia dan bekas kekasihnya.

"Saya ingin tekankan, saya dan Elfira hanya kawan biasa. Hubungan cinta saya yang berakhir sebelum ini juga tiada kaitan dengan Elfira. "Ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan kami berpisah bukan kerana orang ketiga," kata Sufian seperti dipetik dari portal hiburan Rotikaya. Sufian berkata, Elifra tidak sepatutnya dituduh sebagai perampas kekasih orang atau penyebab dia putus cinta dengan bekas kekasih.

Dapatkan akhbar Melaka Hari Ini untuk berita selanjutnya.