MHI Sdn Bhd

Komuniti

Mohd Khalil & Adly buka puasa bersama warga tentera

 

      Lebih 2,000 warga tentera dari Kem Terendak berbuka puasa bersamasama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Adly Zahari pada Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera di Masjid As-Syuhada Kem Terendak, di sini hari ini.

Mohd Khalil dan Adly yang tiba pada pukul 6.55 petang telah berbuka puasa bersama warga tentera kem tersebut dan seterusnya menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih.

Turut hadir dalam majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim, Speaker DUN, Datuk Wira Othman Muhamad serta Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Dapatkan akhbar Melaka Hari Ini untuk berita selanjutnya.